Berkenalan, Bercinta dan seterusnya Berkahwin. Berkahwin bunyinya mungkin simple dan mudah bagi kebanyakan orang. Namun tidak semua di kalangan pasangan yang baru berkahwin mampu untuk melayari bahtera pada malam pertama perkahwinan.
Di sini, penulis ingin memberi tips dan panduan kepada para pasangan yang bakal berkahwin atau mungkin ada di kalangan pelayar adalah mereka yang sudahpun berkahwin bagi menempuh detik-detik malam pertama. Diharap dengan sedikit tips dan panduan yang penulis kongsikan dapat memberi inspirasi dan panduan kepada pasangan di luar sana.
Antara masalah yang pernah penulis dapat daripada kenalan:
#tidak dapat 'masuk' walau dicuba setiap malam
#seringkali isteri menangis dan membantutkan proses bersama
Jadi antara tips malam pertama yang boleh dijadikan panduan:
Tips malam pertama #1: Bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi
Setiap pasangan yang baru berkahwin perlulah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi. Buangkan perasaan khuatir dan elakkan terlampau memikirkan tentang malam pertama anda.
Tips malam pertama #2: Pastikan isteri anda benar-benar terangsang dan ghairah
Kaum lelaki atau para suami diingatkan agar tidak gelojoh atau tergesa-gesa pada malam pertama. Ini kerana anda perlu membuatkan isteri anda benar-benar terangsang dan ghairah. Ini penting bagi membolehkan isteri anda cepat 'basah' dan membolehkan proses 'penentrasi' dapat dilakukan dengan mudah dan tidak menyakitkan si isteri.
Tips malam pertama #3: Buat dengan perlahan-lahan
Buat sang suami, anda dinasihatkan agar membuat 'penentrasi' secara perlahan-lahan agar tidak menyakitkan sang isteri. Perlu diingatkan pihak isteri akan menolak aksi anda yang seterusnya sekiranya beliau merasa terlalu sakit.
Tips malam pertama #4 : Memakai wangian
Memakai wangian atau perfume yang wangi mampu membangkitkan mood yang seksi kepada kedua-dua pasangan. Elakkan memakai wangian yang terlampau 'keras' atau 'tajam'. Seeloknya pakai minyak wangi yang seksi dan mampu membangkitkan mood seksual anda.
Tips malam pertama #5: Kencing sebelum bersama
Pastikan anda dan pasangan anda kencing terlebih dahulu sebelum bersama. Jangan pulak nanti, tengah berada di kemuncak, anda nak kencing pula. Ini boleh membantutkan mood pasangan anda.
Tips malam pertama #6: Mandi dan Pastikan Mulut anda berbau wangi
Mandi dan bersihkan mulut anda sebersihnya. Bau yang tidak menyenangkan dari mulut anda atau pasangan anda mampu merosakkan malam pertama anda.
Tips malam pertama #7 : Menggunakan Bahan Pelincir
Sekiranya masih tidak berjaya, anda boleh ikhtiar dengan menggunakan bahan pelincir seperti Durex untuk mengurangkan rasa sakit si isteri. Bahan pelincir ini boleh disapu pada alat kelamin si suami dan juga isteri bagi memudahkan proses 'kemasukan'.
Tips malam pertama #8: Merujuk Video Yang Berkaitan
Tips ini memang dah tahap kritikal jika tak dapat juga nak masuk. Antara cadangan penulis yang mungkin di luar akal sedikit adalah dengan merujuk video-video yang berkaitan ( video porno). Ini bagi menaikkan mood ghairah kedua-dua pasangan dan juga dapat belajar cara-cara bersama.